Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

MOTAC Persiap Pegusaha Produk Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

By 31 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Toslin Meyub / Jaed Tepus

KUCHING, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengadakan sesi perjumpaan dengan menyampaikan taklimat kepada gabungan pengusaha pelancongan iaitu pengendali produk dan pengusaha hotel di negeri ini, hari ini.

Tujuan program ini ialah untuk berkongsi matlamat dan objektif kementerian bagi industri pelancongan di Sarawak sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 di samping untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan dari semua pihak untuk meningkatkan dan memperbaiki industri pelancongan di negeri ini.

Mohamaddin berucap semasa Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020

Mohamaddin berucap semasa Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, “sesi pertemuan ini adalah platform yang hebat untuk membina hubungan rapat dan perkongsian pintar antara pengusaha industri pelancongan terutama bagi pemilik produk pelancongan baru dan pengusaha hotel dengan agensi kerajaan yang menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan di Sarawak. “

Menurut Datuk Mohamaddin juga, adalah tepat pada masanya untuk kerajaan memanfaatkan peluang ini sambil meningkatkan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bertujuan mengalu-alukan 30 juta pelancong pada tahun depan untuk mengalami keindahan dan keajaiban Malaysia.

Mohamaddin bersama Mohmed (dua kiri) dan Fiona (tiga kanan) menunjukkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020

Mohamaddin bersama Mohmed (dua kiri) dan Fiona (tiga kanan) menunjukkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020

Terdahulu, semasa taklimat oleh Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Pelancongan Malaysia, Zakaria Mohd. Nani telah memberi penerangan mengenai GAMELAN (Galakan Melancong Malaysia), dana pemberian Promosi Pelancongan Malaysia serta prestasi pasaran Malaysia diikuti taklimat berkenaan Tahun Melawat Malaysia 2020 oleh Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) MOTAC, Dato’ Mohmed Razip Hasan.

GAMELAN, dana khas pelancongan sebanyak RM5 juta adalah bertujuan untuk membantu pengusaha industri pelancongan dalam program promosi dan pemasaran pelancongan mereka untuk mengalakan kemasukan pelancong antarabangsa dan meningkatkan pelancongan domestik.

Turut hadir semasa majlis, Naib Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Fiona Marcus Raja.

Tinggalkan komen anda