Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Persembahan Formasi Wajadiri Warnai BSN Sik

By 13 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Siti Salmiah Md Ani (Sik)

SIK, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Persembahan formasi wajadiri yang terdiri daripada pertunjukkan silat, taekwondo dan muay thai mewarnai acara pembukaan sempena Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) Peringkat Daerah Sik 2019, yang berlangsung di Dataran Sik Lestari, baru-baru ini.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Siti Salmiah Md Ani, ketiga-tiga disiplin tersebut mempamerkan keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

“Lebih menarik lagi, apabila ketiga-tiga disiplin seni bela diri tersebut dijalankan secara serentak dengan iringan lagu “Semerah Padi”, di mana ketiga-tiga elemen seni bela diri tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri khususnya daripada aspek seni tempur dan juga kebudayaan.

“Rata-rata pengunjung memberikan komen positif di atas persembahan tersebut bahkan ada yang mengatakan ia membangkitkan semangat yang luar biasa,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Sambutan BSN Daerah Sik, baru-baru ini.

Persembahan wajadiri yang mempamerkan tiga disiplin seni bela diri dijalankan serentak memukau penonton yang menyaksikan.

Persembahan wajadiri yang mempamerkan tiga disiplin seni bela diri dijalankan serentak memukau penonton yang menyaksikan.

Menurut Salmiah, selain daripada aktiviti kecergasan yang menjadi fokus utama pada setiap penganjuran BSN, mereka cuba tonjolkan kelainan dengan mempamerkan gabungan persembahan formasi wajadiri.

“Ini juga merupakan satu penghargaan kepada Kelab Muay Thai Sik kerana telah melahirkan ramai atlet untuk kelayakan ke Sukan Sea selain bertujuan menarik minat lebih ramai generasi muda untuk terlibat dalam seni pertahanan diri tersebut.

“Semoga lebih ramai generasi muda berminat untuk menyertai seni bela diri ini sebagai langkah membentuk generasi muda yang berdaya saing, berkemahiran serta memiliki jati diri yang tinggi,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda