Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

“Ojo Di Dhol” – MB Johor

By 13 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

PASIR GUDANG, 13 Okt (Malaysiaaktif) – “Ojo Di Dhol” begitulah pesanan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, dalam bahasa Jawa yang membawa maksud “jangan dijual” kepada 162 orang penduduk yang menerima penyerahan Sijil Layak Milik Tanah Notis 5A di Kampung Sentosa.

Sahruddin turut berharap agar para penerima Notis 5A hari ini tidak membenarkan sebarang usaha untuk memajak atau menjual tanah yang telah dimiliki ini.

“Ojo di dhol” merupakan pesanan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal agar penerima-penerima Sijil Layak Milik Tanah Notis 5A di Kampung Sentosa tidak terpengaruh dengan sebarang usaha untuk memajak atau menjual tanah yang telah dimiliki ini.

“Ojo di dhol” merupakan pesanan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal agar penerima-penerima Sijil Layak Milik Tanah Notis 5A di Kampung Sentosa tidak terpengaruh dengan sebarang usaha untuk memajak atau menjual tanah yang telah dimiliki ini.

“Hargailah pemilikan tanah ini, jangan mudah lupa diri dan bersyukurlah di atas segala kurniaan Tuhan di muka bumi ini,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Lawatan Menteri Besar Johor Serta Penyerahan Notis 5A, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Abdul Rahim Nin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Mohd Solihan Badri dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abdul Kadir.

Penantian selama 20 tahun untuk memiliki tanah sendiri akhirnya terjawab - Zulkafli Said

Penantian selama 20 tahun untuk memiliki tanah sendiri akhirnya terjawab – Zulkafli Said

Penyerahan Notis 5A ini melibatkan permohonan dari lima buah kampung rangkaian dengan jumlah luas keseluruhan tanah sebanyak 39.4 ekar.

Menurut Sahruddin lagi, bayaran premium tanah yang dikenakan juga mendapat pengurangan sebanyak 50 peratus selepas penilaian dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmaan Harta (JPPH).

Junainah Sahadon terharu selepas diumum sebagai salah seorang penerima Notis 5A selepas lima kali membuat permohonan sejak 36 tahun yang lalu.

Junainah Sahadon terharu selepas diumum sebagai salah seorang penerima Notis 5A selepas lima kali membuat permohonan sejak 36 tahun yang lalu.

“Kerajaan Negeri Johor sentiasa prihatin dan mengambil berat khususnya isu yang membabitkan tanah dan penempatan rakyat di negeri ini,” jelas beliau lagi.

Salah seorang penerima, Zulkafli Said, 50, berkata penantian selama 20 tahun untuk memiliki tanah sendiri akhirnya terjawab apabila beliau diumumkan sebagai salah seorang penerima Sijil Layak Milik Tanah Notis 5A.

“Sebelum ini saya memang berhajat untuk membina rumah yang lebih selesa di atas tanah ini dan sekarang bila ada jaminan seperti ini hasrat saya boleh tercapai,” katanya.

Junainah Sahadon, 56, menyifatkan semangat tidak berputus asa membuat permohonan sebanyak lima kali ternyata berbaloi dan membuatkan beliau sangat terharu apabila menerima Sijil Layak Milik Tanah Notis 5A pada hari ini.

“Sepanjang 36 tahun saya duduk di kampung ini, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar permohonan saya berjaya dan saya seperti tidak percaya apabila diberitahu permohonan saya akhirnya berjaya juga,” jelasnya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda