Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Shafie Rasmi Hari MITI Sabah 2019

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah merasmikan Program Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) Sabah 2019 disini, pada Sabtu.

Program julung kali diadakan di negeri ini telah dilaksanakan semenjak 2016 bersama 11 agensi dibawah MITI dan ia diadakan bertujuan untuk membangun dan melaksanakan dasar pembangunan perindustrian, perdagangan dan pelaburan serta menarik pelabur asing dan tempatan.

Shafie ketika membuat gimik pelancaran Hari MITI Sabah 2019 sambil disaksikan Samsuni (kiri) dan Darell (dua dari kanan).

Shafie ketika membuat gimik pelancaran Hari MITI Sabah 2019 sambil disaksikan Samsuni (kiri) dan Darell (dua dari kanan).

Program Hari MITI yang berkonsepkan hari terbuka ini juga turut memberi maklumat kepada umum dan golongan sasar dalam membantu mempromosi dan meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan dengan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala serantau.

Selain itu, ia juga meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan dan perkhidmatan serta memastikan ekosistem perniagaan yang kondusif bagi memudahkan urusan perdagangan dan pelaburan.

Penganjuran Hari MITI Negeri Sabah 2019 mensasarkan konsep mesra rakyat yang berimpak tinggi dan dibahagikan kepada empat elemen utama iaitu seranta (outreach), keusahawanan, peluang pekerjaan dan pelaburan.

Darell (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Shafie sambal disaksikan Samsuni (kiri).

Darell (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Shafie sambal disaksikan Samsuni (kiri).

Seramai 4000 pengunjung telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), lepasan siswazah dan belia, ahli persatuan perniagaan, pelabur tempatan serta masyarakat setempat.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

ER

Tinggalkan komen anda