Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tun Mahathir Tiba di Pontian untuk Lawatan Kerja Sehari

By 31 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nor Sofian Abdul Manan/Ahmad Suhaimi Mokhtar (Pontian) 

PONTIAN, 31 Okt 2019 (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan banyak perubahan telah berlaku di daerah ini sejak 40 tahun yang lalu dan kekal aman.

“Rakyat Malaysia sukakan kedamaian dan kerajaan akan mengekalkan keamanan ini.

“Jika kita dapat mengurangkan jurang antara miskin dan kaya, maka keseimbangan antara kaum dapat dicapai dan konsep wawasan kemakmuran bersama dianggap terbaik dalam menuju ke arah ini,” katanya ketika lawatan kerjanya, di sini hari ini.

Tambah Mahathir, nasib rakyat miskin akan terbela dengan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan seperti dalam bidang pertanian baharu yang lebih tersusun dan moden.

“Biarpun dengan saiz tanah yang kecil pun kita mampu meraih pendapatan yang lumayan menggunakan konsep baharu ini,” katanya lagi.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Dr. Shahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani, serta Pegawai Daerah Pontian Zulkifly Mohd Tahir.

-SH/NI-

Tinggalkan komen anda