Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Projek RTS Akan Diteruskan Dengan Kos Jauh Lebih Rendah

By 31 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia akan meneruskan projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir semasa sidang media di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar pagi tadi.

Tun Mahathir (dua dari kanan) menurunkan tandatangan pada buku pelawat semasa melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar.

Tun Mahathir (dua dari kanan) menurunkan tandatangan pada buku pelawat semasa melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar.

Kos sebelum ini yang mencecah RM4.93 bilion tetapi telah diturunkan sebanyak 3.16 bilion iaitu penjimatan sebanyak RM1.77 bilion atau 36 peratus melalui beberapa cadangan yang telah dibuat.

“Kita telah pun membuat keputusan untuk teruskan projek RTS ini dan sekurang-kurangnya projek ini akan mengurangkan sedikit masalah lalu lintas di sini.

“Projek RTS ini akan dibina dan perjanjian telah pun dibuat di mana sebahagian akan dibina oleh Singapura dan sebahagian lagi oleh Kerajaan Malaysia serta segala perincian akan dibincangkan dengan Singapura nanti,” ujarnya ketika sidang media.

“Keputusan untuk teruskan Projek RTS telahpun dibuat dan sekurang-kurangnya projek ini akan mengurangkan sedikit masalah lalu lintas disini”- Tun Dr. Mahathir

“Keputusan untuk teruskan Projek RTS telah pun dibuat dan sekurang-kurangnya projek ini akan mengurangkan sedikit masalah lalu lintas disini”- Tun Dr. Mahathir

Tun Mahathir sebelum itu membuat lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar bagi melihat sendiri prasarana dan tahap kelancaran kompleks tersebut ketika waktu puncak.

“Saya telah diberikan taklimat mengenai kesesakan di kompleks ini dan kerajaan telah merangka beberapa cadangan bagi mengatasi masalah kesesakan terutamanya ketika musim perayaan.

“Walaupun kerajaan telah meningkatkan tahap kelancaran operasi kompleks ini, ianya tetap tidak dapat menyelesaikan masalah lalu lintas antara Johor Bahru dan Singapura selagi jambatan ketiga tidak dibina,” katanya lagi.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir di sidang media semasa lawatan ke Kompleks Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir di sidang media semasa lawatan ke Kompleks Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar.

Dalam sidang media berasingan, Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook berkata salah satu ciri penting di dalam struktur projek RTS Link yang telah disemak semula adalah mengenai penglibatan pemaju atau pemilik tanah di Bukit Chagar bagi membiayai dan membolehkan projek ini diteruskan dengan kos tanah yang dikecualikan.

“Gabungan kos pembinaan dan sistem rel yang dioptimumkan, Kerajaan berjaya mencapai penjimatan yang ketara sekali gus menjadikannya lebih berdaya maju dari segi kewangan,” tambahnya lagi.

Pada 21 Mei 2019, Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook dan Menteri Penyelaras bagi Prasarana dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan telah menandatangani Perjanjian Tambahan untuk menangguhkan Projek RTS Link untuk tempoh 6 bulan dari 1 April 2019 hingga 30 September 2019.

Walaubagaimanapun, Singapura bersetuju untuk melanjutkan tarikh pengangguhan hingga 31 Oktober 2019 tanpa mengenakan sebarang kos tambahan kepada Malaysia atas semangat kerjasama dua hala antara Singapura dan Malaysia.

Pada 18 Oktober 2019, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mendapat kelulusan daripada kabinet untuk meneruskan projek RTS Link dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.

-NI-

Tinggalkan komen anda