Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Aplikasi Pintar Respons Rakyat Melaka Diperkenalkan

By 9 November 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 9 Nov (Malaysiaaktif) – “Melaka merupakan negeri yang pertama mempunyai aplikasi telefon pintar diintegrasikan terus dengan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).”

Itulah antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari semasa merasmikan Program Hari Bertemu Rakyat Perdana Siri 4 dan Pelancaran Aplikasi Pintar Respons Rakyat Melaka bertempat di Hotel Pantai Puteri di sini.WhatsApp Image 2019-11-08 at 22.06.55

Menurut Adly, bermula 1 Januari hingga 31 Oktober 2019 sebanyak 10, 673 aduan dengan 80.88% telah selesai dan 19.12% masih dalam tindakan malah sekiranya tidak mampu diselesaikan dalam tempoh 15 hari, alasan munasabah perlu diperjelaskan kepada pengadu.

“Kerajaan negeri secara rasminya bersetuju untuk menggunakan Aplikasi Respons Rakyat Melaka sebagai saluran rasmi aduan kerajaan negeri dan berharap semua agensi yang terlibat bersedia dalam mempromosikan kepada pelanggan masing – masing,” ujarnya.

Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Harjeet Singh ketika ditemui berkata kos pengubahsuaian aplikasi ini dan pengubahsuaian (customization) telah dilakukan mengikut acuan keperluan pengurusan aduan Negeri Melaka.

“Pihak Biro Pengaduan Awam berharap agar komitmen semua pihak khususnya daripada agensi – agensi yang berkaitan diharapkan memberikan perhatian yang serius terhadap aduan – aduan yang disampaikan oleh rakyat melalui SISPAA,” kata beliau.

Aplikasi ini adalah kerjasama melalui Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Biro Pengaduan Awam yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Hasim Hasan dan Exco- Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Tinggalkan komen anda