Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kembara Jalinan Kasih Ringankan Beban

By 26 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai lapan orang penduduk kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, DUN Senaling dan DUN Juasseh bersyukur menerima sumbangan barangan keperluan makanan dan wang tunai yang disalurkan melalui Program Kembara Jalinan Kasih (KJK) Jabatan Penerangan Malaysia bersama Pejabat Parlimen Daerah Kuala Pilah sempena Program Kembara Digital, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Hashim Bedu, program ini diadakan bertujuan membantu dan menyantuni golongan yang memerlukan di daerah Kuala Pilah.

WhatsApp Image 2019-11-25 at 15.38.48

Rombongan bekerjasama membawa barangan keperluan ke rumah penerima bantuan.

“Kita berharap bantuan tersebut dapat melegakan dan memberi sedikit kelapangan dalam urusan kehidupan seharian mereka.

“Selain bantuan barangan keperluan makanan dan wang tunai, kita juga menyampaikan sumbangan kerusi roda, lampin pakai buang dewasa, susu serta keperluan sekolah untuk keluarga yang telah dikenalpasti,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerima bantuan KJK, Siti A’inol Fajariah Taiyib, 29, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi memberi sumbangan sambil berkongsi kesempitan hidup yang dihadapi oleh beliau sekeluarga.

WhatsApp Image 2019-11-25 at 15.38.37

Hashim (empat dari kanan) berbual bersama penerima bantuan.

“Jika boleh saya ingin memiliki rumah yang sempurna demi untuk anak-anak dan saya akan mohon melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk dibina di atas tanah milik ibu saya kelak,” katanya ketika ditemui.

Program ini disertai seramai 63 orang yang dibahagikan kepada dua rombongan yang bergerak ke Kampung Parit Seberang, Kampung Sungai Dua Kecil, Kampung Parit Mainau, Kampung Ulu Gentam, Kampung Beting dan Kampung Pelangai Hilir.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza, Pengarah Bahagian Gerksaraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Haji Aszahari Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN), Wan Azizah Wan Umar dan wakil dari Pejabat Parlimen Kuala Pilah.

-AK

Tinggalkan komen anda