Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Gotong- Royong Tradisi Komuniti Setempat

By 26 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin  (Seremban)

SEREMBAN, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Aktiviti gotong-royong merupakan satu amalan mulia di samping dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dan ianya masih diamalkan sehingga kini.

Pegawai Penerangan Daerah Seremban Fauziah Abdullah, berkata sekiranya amalan gotong royong ini diamalkan dalam kalangan masyarakat ianya dapat menjadikan sesebuah komuniti harmoni dan sentiasa berkerjasama antara satu sama lain.

WhatsApp Image 2019-11-25 at 15.42.33 (1)

Gotong-royong turut disertai kanak-kanak dan remaja.

“Seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, demikian jugalah tentang aktiviti ini yang mana ianya memerlukan semangat muafakat yang tinggi dalam menjayakannya,” ujarnya dalam ucapan perasmian Program Gotong-Royong Sepakat Komuniti KHM Flat Seri Perdana Paroi, di sini.

Manakala Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Flat Seri Perdana Paroi, Muhamad Arif Amin berkata program yang diadakan ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

“Pada hari ini saya lihat penglibatan semua golongan untuk sama-sama menjayakan gotong-royong ini, ianya sangat baik dan perlu diteruskan agar semangat kejiranan dapat dipertingkatkan serta  dihidupkan kembali dalam masyarakat,” katanya.

Program Gotong-Royong Sepakat Komuniti KHM Flat Seri Perdana Paroi ini dianjurkan bersama  Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Kelab Prihatin dan Rekreasi Seri Perdana Paroi.

-AK

Tinggalkan komen anda