Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Lebih 100 Produk Inovasi dan Kajian Bakal Berentap di i-SIC 2019

By 15 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dr Raja Mayang Delima Mohd Beta (UiTM Kuala Pilah)

NILAI, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Seminar Academic International Dialogue (AID) yang dianggotai oleh para akademik seluruh Malaysia bakal menganjurkan International Science and Social Science Innovation Competition (i-SIC 2019) bertempat di Perpustakaan, Universiti Sains Islam Malaysia, di sini.

Pertandingan Inovasi ini merupakan yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh AID setelah menganjurkan pelbagai persidangan akademik pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 2016.

Menurut Pengarah Program Dr. Siti Suriani Othman, pertandingan tersebut menjadi platform dalam mengumpulkan para penyelidik daripada pelbagai peringkat latar belakang seperti profesional industri, akademik dan pelajar bagi bertanding dan seterusnya berkongsi penemuan penyelidikan mereka.

i-SIC 2019 bakal diadakan pada 20 November ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

i-SIC 2019 bakal diadakan pada 20 November ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Alhamdulillah, i-SIC 2019 ini telah menarik lebih 100 penyertaan dari seluruh Malaysia dan akan berlangsung pada 20 November 2019 bertempat di Lobi Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia selama sehari.

“Antara objektif penganjuran i-SIC 2019 ini juga ialah bagi memberi ruang kepada para pendidik berkongsi inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka sekali gus dapat menambah baik kaedah pengajaran untuk lebih efektif pada masa hadapan,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui.

Pertandingan ini mempertandingkan lima kategori utama iaitu Social Sciences, Sustainability Innovation Idea, Creative Design, Multimedia and Programming, Innovation in Education and Teaching dan Science and Technology yang turut menawarkan tujuh anugerah termasuk anugerah utama Grand Double Gold Best Innovation Project.

Antara kelainan yang ditampilkan dalam program ini ialah slot Bicara Inovasi yang bakal disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amin Al Haadi Shafie yang merupakan Ketua Koordinator Unit ACREDA serta antara pemenang pingat emas pada pertandingan Persidangan dan Expo Antarabangsa Ciptaan Institut Pengajian Tinggi (Pecipta) baru-baru ini.

-SH

Tinggalkan komen anda