Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pewaris Muda Selami Kehidupan Masyarakat Felda

By 3 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh (Melaka)

ALOR GAJAH, 3 Nov (Malaysiaaktif)– Seramai 101 peserta berpeluang menyelami budaya dan warisan kehidupan penduduk Felda Tun Ghafar Hutan Perca melalui program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama empat hari dan akan berakhir pada hari ini.

Ceramah bersama Pencetus Ummah Ustaz Muhammad, Fakrul Islam Md Zarim yang bertajuk “Kalau bukan kita.. siapa lagi? #inirumahkita."

Ceramah bersama Pencetus Ummah Ustaz Muhammad, Fakrul Islam Md Zarim yang bertajuk “Kalau bukan kita.. siapa lagi? #inirumahkita.”

Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat termasuklah MADA Rice Traning Center, IPG Kampus Ipoh, UiTM Puncak Perdana, Politeknik Port Dickson,Universiti Kelantan Malaysia (UMK), Kolej Komuniti Kuching, Universiti Malaysia Sabah, Kolej Komuniti Selandar, UniKL Melaka dan UiTM Kampus Melaka.

Penghulu program, Shazril Aiman Lucas Kamal,18, berkata pengalaman berada di sini selama empat hari banyak memberi pengalaman yang berguna buat semua peserta. Program ini mampu melahirkan modal insan yang cemerlang selepas mereka diberi peluang tinggal bersama keluarga angkat dan memahami kehidupan di Felda.

“Kami juga banyak belajar berkaitan silang budaya kerana peserta-peserta yang hadir adalah dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, serta kaum dari Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Ceramah Kenegaraan dan Jati Diri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Media Siber (JaPen), Shahnon Mohamad.

Ceramah Kenegaraan dan Jati Diri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Media Siber JaPen, Shahnon Mohamad.

Seorang peserta, Jason Gee Yong Qing 18, dari Kolej Komuniti Selandar melahirkan perasaan teruja dan terkesan dengan pengisian yang diatur.

“Program ini meliputi pelbagai aspek dalam melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab kepada negara selain meningkatkan semangat patriotik peserta.

“Aktiviti bersama komuniti seperti menanam pokok di sekitar kawasan kampung, gotong-royong membersihkan masjid dan melukis mural menjadi kenangan buat saya di sini,” katanya.

Ujar Jason, ceramah kenegaraan dan jati diri yang diatur juga banyak memberi input dan menjadi motivasi serta bekalan untuk peserta menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Jason Gee Yong Qing.

Jason Gee Yong Qing.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini telah dirasmikan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee.

-KN

Tinggalkan komen anda