Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Feli Stacy Juara Bintang Remaja 2019

By 3 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Jeanne J Som/RTM (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Dendangan lagu ‘Aku Permata’ berjaya mengangkat Feli Stacy Paimin, 13, sebagai Juara Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah, 2019.

Gadis berasal dari Ranau itu merupakan peserta paling muda berbanding tujuh saingannya yang lain.
Sebagai juara, Feli membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil yang disampaikan oleh Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi di Pentas Terbuka KDCA, Penampang, pada Sabtu.

Farhana (kiri) menerima cek replika dari Malinaziah (tengah) selepas diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik, sambil diperhatikan oleh Howard (kanan).

Farhana (kiri) menerima cek replika dari Malinaziah (tengah) selepas diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik, sambil diperhatikan oleh Howard (kanan).

Sementara itu, Farhana Naslyn Suhaili, 14, anak kelahiran Keningau berjaya merangkul tempat kedua dengan lagu bertajuk “Semakin” dan turut memenangi kategori persembahan terbaik, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4,500, piala serta sijil.

Di tempat ketiga pula, Steffera Stella George, 19, dari Kota Marudu menyanyikan lagu “I’II Never Love Again” menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan sijil.

Menurut Penolong Pengarah Seksyen Hiburan dan Muzik Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Howard Martin Kim Sung, pertandingan anjuran RTM menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik itu bermula sejak tahun 2007 lagi.

“Ia bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan remaja di Sabah bagi bidang nyanyian dan persembahan pentas.

“Selain itu, pertandingan ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum khususnya remaja yang terlibat dalam bidang seni suara.

Feli Stacy (tengah) selepas dinobatkan sebagai juara, Farhana (kiri) naib johan dan Steffera (kanan) ditempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Feli Stacy (tengah) selepas dinobatkan sebagai juara, Farhana (kiri) naib johan dan Steffera (kanan) ditempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

“Proses pemilihan peserta dibuat melalui uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Kudat, Keningau, Tawau, Sandakan, Sipitang dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Seramai 460 remaja menyertai pertandingan pada tahun ini berbanding 395 penyertaan pada tahun sebelumnya.

Hadir sama, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Jabatan Penerangan Sabah, Patrick Laing Ngau dan Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio RTM Sabah, Mohd Yusni Mohamad Ali.

ER

Tinggalkan komen anda