Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Safar Terima Kunjungan Rasmi SUP

By 21 November 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazri Ramshah(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong menerima kunjungan rasmi Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Samsuni Mohd Nor.

Menurut Samsuni, kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dua hala antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Kerjasama yang baik dapat menyelaraskan pembangunan yang dirancang dan memberi manfaat kepada orang awam,” katanya selepas kunjungan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, pada Rabu.

Samsuni (kiri) membincangkan sesuatu kepada Safar (kanan)

Samsuni (kiri) membincangkan sesuatu kepada Safar (kanan)

Tambah beliau, ia selaras dengan motto pejabat setiausaha persekutuan iaitu “Perhubungan Erat Perkhidmatan Cemerlang”.

Safar dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 4 November lepas, menggantikan Datuk Hashim Paijan yang bersara wajib pada 2 November lalu.

Turut hadir bersama rombongan ialah Pengarah Pejabat Pembangunan Sabah, Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Yahya Sulaiman.

ER


 

Tinggalkan komen anda