Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

WISE Platform Usahawan Wanita Jana Ekonomi

By 21 November 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Pelancaran Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) Peringkat Negeri Kelantan anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun bertempat di Kelantan Trade Centre Kota Bharu.

Menurut Rina, di bawah DanaNITA, kerajaan menyasarkan pemberian manfaat kepada usahawan wanita yang berumur antara 18 sehingga 60 tahun dengan had pembiayaan sebanyak RM 50,000.

“DanaNITA menfokuskan kepada 8 kluster perniagaan antaranya gaya hidup, kesihatan, makanan dan minuman, automotif, hi- tec serta industri kreatif,”katanya.

“DanaNITA ini juga sangat fleksible, usahawan tidak semestinya perlu mempunyai premis perniagaan, bagi mereka yang berniaga secara atas talian atau beroperasi dari rumah juga layak untuk dipertimbangkan,”tambahnya.

Pegawai Komunikasi Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Syed Azraai Syed Hashim, menjelaskan program seumpama ini tentu sekali mampu melonjakkan penglibatan kalangan wanita dalam bidang keusahawanan dan meningkatkan potensi serta keupayaan usahawan dari segi latihan yang disediakan merangkumi latihan asas perniagaan, motivasi, pelan perniagaan, pemasaran, produktiviti serta pelbagai program latihan berimpak tinggi.

Noor Azlinee Ab Kadir, 30, penerima DanaNITA berkata keperihatinan pihak kerajaan di dalam penyediaan skim seumpama ini dapat memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda sepertinya untuk bergerak seiring maju kehadapan dengan lebih berdaya saing.

Usahawan wanita di negeri Kelantan yang hadir ke program perasmian di Kelantan Trade Centre ( KTC) Kota Bharu

Usahawan wanita di negeri Kelantan yang hadir ke program perasmian di Kelantan Trade Centre ( KTC) Kota Bharu

“Suntikan pembiayaan dana daripada MARA sebanyak RM 50,000 sangat membantu dalam perniagaan madu kelulut serta lebah, ‘Green Tea Sacha Inchi’ serta beberapa produk sampingan lain yang saya usahakan dan memberi pulangan bersih bulanan sekitar RM 15,000 sebulan,” ujarnya lagi.

Nor Hafizah Mohd Azmi, 34, yang mendapat bimbingan serta pembiayaan di bawah tajaan MARA berkata program latihan juga turut disediakan bertujuan untuk melengkapkan diri usahawan wanita dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan yang bersesuaian agar mampu bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi semasa dan terkini.

Program tajaan pembiayaan MARA ini begitu bermakna bagi Nur Amalina Ab Manaff, 27, yang mula berjinak-jinak dalam usahawan wanita kecil dan sederhana ini sejak 3 tahun lalu mengusahakan perniagaan jualan tudung amal hijab, pakaian muslimah, ‘inner’ serta ‘perfume’, berpendapat kaedah ini dapat memperkasakan usahawan wanita Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi negara di masa akan datang dan memberi pendedahan berkaitan ‘multitasking skill’ dalam setiap perniagaan yang diceburi khususnya usahawan muda wanita masa kini.

Kelantan adalah siri ke 10 Program (WISE) di bawah kelolaan MARA untuk mempergiat aktifkan pelbagai produk usahawan wanita di seluruh negara dan hari ini WISE berjaya menghimpunkan hampir 500 peserta usahawan wanita seluruh negeri Kelantan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda