Laporan/foto: Asmidar Zainol/ Portal Rasmi Parlimen Malaysia (Nabawan)
NABAWAN, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abd Ghani Datuk Mohamed Yassin diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Daerah Nabawan Tahun 1441H/2019M.
Abd Ghani,58, menerima hadiah wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Adzhar Jasni @ Eddy selepas merasmikan sambutan berkenaan di Dewan Serbaguna Nabawan pagi tadi.
Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan beliau dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat negeri dan kebangsaan dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Ahli Majlis Tertinggi USIA Sabah, Ketua Bahagian USIA Pensiangan, Mantan Timbalan Pengerusi Sabah Land Development Berhad (SLDB) (2008-2014).
Terdahulu turut diadakan ialah pertandingan sepanduk Malidur Rasul di mana Surau Al Hikmah, Kampung Sarikan telah dinobatkan sebagai johan; naib johan, Masjid Al Hidayah Nabawan dan Masjid Al Fattah, Tetagas di tempat ketiga.
Bagi kategori sekolah, johan adalah Kelas Al Quran & Fardu Ain, Masjid Hidayah dan naib johan, Sekolah Kebangsaan Pekan Nabawan.
Manakala bagi kategori Jabatan/Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Murni C diumumkan sebagai johan manakala Pejabat Kemas Nabawan mendapat naib johan dan turut diumumkan sebagai Kontijen Terbaik.
Semua penerima masing-masing menerima wang tunai dan sijil penghargaan.
Hadir sama adalah Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Nabawan 1441H/2019M yang juga Penolong Pegawai Daerah, Hasinin Kinsim; Pegawai Daerah Nabawan, Virus Malitam; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Elias Abd Hamid; Penolong Pegawai Daerah Pegalungan, Roger Apolonius dan Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Azizi Lining.
ER