Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim (Kota Kinabalu)
SEMPORNA, 11 Dis (Malaysiaaktif) â McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan RM662,800 melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan menyambut baik usaha yang dilakukan oleh McDonald’s dalam membantu masyarakat khususnya yang berada di luar bandar.
âSumbangan McDonaldâs Malaysia menerusi program komuniti adalah sesuatu yang wajar dipuji.
âKerajaan negeri amat mengaluâalukan perkembangan perniagaan McDonaldâs di Sabah dan usaha mereka kearah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah yang cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan.
âSemoga lebih banyak programâprogram untuk masyarakat melibatkan syarikatâsyarikat korporat seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan,â katanya dalam Majlis Perasmian Program Komuniti McDonald’s dan Restoran McDonald’s Semporna di sini, pada Selasa.
Tambah beliau, pembukaan perniagaan baharu seumpama ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat seterusnya memberikan mereka sumber pendapatan.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Operasi Tempatan McDonaldâs Malaysia, Asmir Jaafar memaklumkan bahawa program itu dimulakan sejak tiga tahun lepas.
“Jumlah sumbangan yang disampaikan merangkumi tiga inisiatif masyarakat di bawah Komuniti McDonald 2019 iaitu bayaran zakat perniagaan berjumlah RM 101,000, Program Skim Latihan Dalam Industri dan Program Kembali Ke Sekolah McDonaldâs.
âBagi program ‘Kembali Ke Sekolah’, lebih 1,900 orang kanak-kanak dari 63 buah sekolah di seluruh Sabah menerima manfaat pada tahun ini, melibatkan sumbangan mencecah RM3juta.
âPada tahun sebelumnya pula, lebih 1,700 murid sekolah rendah menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ yang disampaikan McDonaldâs Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia bernilai RM1.7juta.” ujarnya.
Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata; Yang diPertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha dan Pegawai Daerah Semporna, Benedict Asmat.
ER