Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Jaga, Pelihara Khazanah Alam – Shafie

By 11 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

SEMPORNA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Masyarakat di negeri ini disaran memikul tanggungjawab untuk sama-sama menjaga serta memulihara khazanah alam.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal nelayan yang masih melakukan kegiatan mengebom ikan akan dikenakan tindakan tegas dan hukuman berat kerana mengancam ekosistem marin serta mengancam keselamatan dan kesihatan manusia.

CENDERAMATA...Shafie (tiga dari kanan) menerima cendera kenangan dari pihak penganjur.

CENDERAMATA…Shafie (tiga dari kanan) menerima cendera kenangan dari pihak penganjur.

“Kita minta kepada golongan nelayan dan seluruh penduduk khususnya di daerah Semporna supaya jangan bom ikan.

“Tindakan itu hanya akan menghancurkan anugerah dan ciptaan Yang Maha Kuasa kepada kita iaitu batu karang yang menjadi habitat ikan membiak, selain menjadi tarikan para pelancong untuk menjana pendapatan para pemain industri pelancongan.

Shafie menyampaikan hadiah cabutan pengunjung bertuah berupa pakej umrah kepada pengunjung cilik.

Shafie menyampaikan hadiah cabutan pengunjung bertuah berupa pakej umrah kepada pengunjung cilik.

“Tidak salah untuk kita mencari nafkah, tetapi jangan hancurkan sumber yang menjamin nafkah kita,“ katanya ketika berucap merasmikan International Muslim Friendly Carnival di Padang Bandaran, pada Selasa.

Shuryani (tengah) menyampaikan hadiah pertandingan menghias pelamin, sambil diperhatikan Shafie (kiri).

Shuryani (tengah) menyampaikan hadiah pertandingan menghias pelamin, sambil diperhatikan Shafie (kiri).

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan, Sarifuddin Hata; Konsul Republik Indonesia Tawau, Bapak Sulistijo Djati Ismojo; Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Sah Hussein Tambakau; Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof; Pegawai Daerah, Benedict Asmat dan isteri ketua menteri, Datin Seri Panglima Datuk Shuryani Shuaib.

ER

 

Tinggalkan komen anda