
Laporan/foto: Iswandy Kassim (Sri Aman)
SRI AMAN, 24 Dis (Malaysiaaktif) āĀ Golongan āMat Motorā sering kali dianggap negatif oleh segelintir golongan masyarakat dan sering disamakan dengan āpelesitā mahupun āMat Rempitā seperti yang digambarkan dalam televisyen, namun sekiranya didekati kebanyakkan daripada mereka mempunyai hati yang cukup besar terutamanya dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Pengerusi Kelab Permotoron The Black Mayau Sri Aman, Nur Hafizan Karim, berkata kelab permotoron ini tidakĀ asing di Sri Aman ini kerana kerap terlibat dengan pelbagai khidmat masyarakat seperti gotong royong dan pelbagai aktiviti keagamaan.
āSelagi termampu kami akan membantu tidak kira bangsa ataupun agama kerana dunia permotoron ini tiada sempadannya, dan walaupun jumlahnya mungkin sedikit tetapi apa yang penting ialah keikhlasan menderma demi kebajikan insan lain dan amalan bersama.
āAtas dasar keprihatinan, kelab ini melalui ahli ahlinya telah mengumpul sejumlah wang dan membeli pelbagai keperluan harian lain sebagai meringankan beban,ā katanya setelah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada mangsa kebakaran Rumah Panjang Guntong Hulu, Undop Sri Aman yang memusnahkan 80 peratus keseluruhan rumah panjang jenis kayu satu tingkat yang memiliki 17 pintu, di sini baru-baru ini.
Meskipun motosikal yang dimiliki hanya berkuasa 125cc, namun kebajikan yang dilakukan tidak dinilai berdasarkan kuasa jentera.
āMungkin kuasa motor kami kecil, tetapi hati para peserta dalam melaksanakan segala program berbentuk kebajikan amat besar,ā katanya lagi.
-SH