Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PL Tangani Masalah Banjir di Rancha-Rancha

By 24 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/RTM Labuan (Labuan)

LABUAN, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan (PL) akan mengambil tindakan segera terhadap masalah banjir yang berlarutan di kawasan Kampung Rancha-Rancha.

Ketua Pegawai Eksekutif PL Dr. Fary Akmal Osman, berkata sudah tiba masanya untuk PL bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan menyelesaikan masalah yang kerap melanda penduduk sekitar apabila tiba musim hujan.

“Kita faham dahulu ada kawasan tadahan air di kawasan berhampiran tetapi kawasan tersebut menjadi kecil akibat pembangunan yang berlaku di kawasan sekitarnya dan menyebabkan kejadian banjir.

“Saya akan pastikan PL dan agensi berkaitan akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga yang terjejas di kampung tersebut, di sini baru-baru ini.

Beliau memaklumkan akan memanggil JPS untuk bermesyuarat sekitar bulan Januari tahun hadapan bagi menyediakan rangka tindakan yang perlu dan perancangan serta susun atur sistem perparitan yang lebih baik di kawasan terjejas.

“PL mempunyai baki peruntukkan pembangunan yang mana kita boleh mulakan mana-mana projek kecil dan mudah terlebih dahulu untuk mengatasi masalah ini.

“Kita juga akan turun padang ke kawasan-kawasan lain yang menghadapi masalah sama dan berharap semua pihak berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda