Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

e-Tunai Rakyat: Serampang Dua Mata Kerajaan Membantu dan Mendidik Rakyat

By 16 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Ahmad Nizam Abidin (Bachok)

BACHOK , 16 Jan (Malaysiaaktif) -Semalam merupakan hari yang bersejarah di mana buat pertama kalinya kerajaan memperkenalkan satu kaedah membantu dan mendidik masyarakat Malaysia tentang penggunaan e-Dompet menerusi inisiatif e-Tunai Rakyat.

Dijangkakan seramai 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 sekali beri atau ‘one-off’ oleh kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘N Go.

Mereka yang layak memohon program e-Tunai rakyat tersebut merupakan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan bawah RM100,000

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutama sektor peruncitan di Malaysia.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, Nor Fatin Yusoff, 25 , berkata langkah kerajaan memperkenalkan inisiatif ini tepat pada masanya kerana ia akan membina satu golongan pengguna yang bebas tunai dalam urusan jual beli malah ia lebih memudahkan serta lebih selamat dan cepat.

“Inisiatif e-Tunai ini merupakan cara terkini dalam berurusan jual beli seharian, langkah kerajaan menggalakan lagi dengan pemberian ‘one – off’ RM30 itu pastinya akan menambah minat rakyat untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah itu e-Tunai ,”katanya.

Rangsangan Digital melalui kaedah e-Dompet ini berjumlah RM450 juta telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam belanjawan 2020 yang lalu. Bermula 15 Januari hingga 14 Mac 2020, rakyat Malaysia disarankan tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan diri menyertai inisiatif e-Tunai Rakyat.

-NAZ

Tinggalkan komen anda