Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

By 20 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 20  Jan (Malaysiaaktif) – Operasi Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina akan bermula dari 18 Januari hingga 2 Februari 2020 di mana kempen di seluruh negara ini akan meliputi empat tonggak utama iaitu program pendidikan (advokasi dan khidmat nasihat), penguatkuasaan, pencegahan bersekali serta pemantauan dan penilaian.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Adun Indera Kayangan Kayangan Gan Ay Ling ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena dengan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perlis Tahun 2020 anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perlis  dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik, Kangar, di sini, hari ini.

Gimik Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena dengan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perlis Tahun 2020 telah disempurnakan oleh Adun Indera Kayangan Kayangan Gan Ay Lin dan Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Gimik Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena dengan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perlis Tahun 2020 telah disempurnakan oleh Adun Indera Kayangan Kayangan Gan Ay Lin dan Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

“Operasi tersebut bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalan raya mengenai keselamatan di jalan raya terutamanya pada musim perayaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya serta mengawal selia pergerakan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini pada tahun lepas menunjukkan penurunan tetapi jumlah kematian menunjukkan sedikit peningkatan dan diharapkan melalui kerjasama dan  kesedaran semua pihak khususnya pengguna jalan raya, pada tahun ini jumlahnya dapat dikurangkan berbanding tahun sebelumnya.

Gan Ay Ling memakaikan topi keledar kepada para penerima yang terpilih.

Gan Ay Ling memakaikan topi keledar kepada para penerima yang terpilih.

“Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan dasar tanpa diskaun ke atas mana-mana kompaun bagi kesalahan seperti tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, memandu di lorong kanan berterusan dan memandu di lorong kecemasan.

“Penggunaan tali pinggang keledar belakang dan kerusi keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan bermula dari awal tahun ini dan enam bulan pertama merupakan tempoh peringatan kepada para pengguna jalan raya terutamanya ibu bapa supaya peka dengan keselamatan anak-anak,” kata Gan lagi.

Terdahulu di dalam majlis tersebut beliau turut mengingatkan para pelajar dan ibu bapa supaya lebih berhati-hati di jalan raya ketika ke sekolah atau bercuti bersama keluarga semasa perayaan Tahun Baharu Cina nanti dan sentiasa patuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Beliau dan juga beberapa orang ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya turut mengedarkan lebih dari 20 buah topi keledar kepada ibu bapa dan pelajar di sekolah tersebut.
-NI-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda