Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Larangan Merokok Di Premis Makan Beri Keselesaan Kepada Orang Awam

By 7 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Lizza Imelia M Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Peraturan larangan merokok di restoran dan premis makanan yang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 telah mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

Unit Inspektorat, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang diketuai oleh PKP Baharudin Osman telah turun padang bagi menguatkuasakan peraturan ini di Daerah Seberang Perai Tengah.

Kompaun dikeluarkan kepada pelanggan yang merokok di premis makanan

Kompaun dikeluarkan kepada pelanggan yang merokok di premis makanan

Beberapa kawasan telah dipantau sejak 1 Januari 2020 meliputi Seberang Jaya, Perai, Alma, Juru, Bukit Mertajam dan Icon City. Dalam tempoh pemantauan ini, sebanyak 27 notis kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan merokok di premis makanan manakala 2 notis kompaun kepada tuan punya premis makanan yang tidak mempamerkan Tanda Larangan Merokok.

Sebanyak 149 buah restoran, 54 buah gerai makan dan 36 buah medan selera telah dipantau dan kebanyakan pemilik premis mahupun pengunjung atau orang ramai faham akan larangan merokok di kawasan awam terutamanya di premis makanan.

Pemantauan sedang dijalankan oleh Unit Inspektorat, Pejabat Kesihatan Daerah SPT

Pemantauan sedang dijalankan oleh Unit Inspektorat, Pejabat Kesihatan Daerah SPT

Selain mengeluarkan notis kompaun, pihak Pejabat Kesihatan SPT turut memberi nasihat dan turut mengedarkan risalah kepada orang ramai mengenai kempen Larangan Merokok tersebut.

Pemantauan ini akan diteruskan secara berjadual dan berterusan bagi memastikan perokok tegar tidak merokok di kawasan yang dilarang dalam usaha pihak yang bertanggungjawab memberi keselesaan kepada orang awam untuk menghindari asap rokok yang membahayakan kesihatan.

-II-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda