Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia-Arab Saudi Berbincang Mengenai Hal Ehwal Jemaah Haji

By 22 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Mohammed Saleh bin Taher Benten menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di sini pada Isnin.

Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa semasa pertemuan itu, mereka membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal jemaah Malaysia.

Kedua-dua pihak juga mengadakan mesyuarat rasmi bagi membincangkan pengurusan dan persiapan untuk melayan jemaah dari Malaysia semasa musim Haji 1441H/2020M.

Kedua-dua pihak menandatangani satu perjanjian bagi mengatur ketibaan jemaah dari Malaysia dan menguruskan perkhidmatan yang bakal disediakan untuk mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda