Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

MPKKP Sebagai Agen Perubahan Rakyat

By 24 Januari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Anuar Che Amat (Perlis)

PADANG BESAR, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Negeri Perlis menjadi agen perubahan kepada penduduk dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka, membantu kerajaan negeri dalam merancang pembangunan di peringkat kampung dan menyalurkan maklumat dasar-dasar kerajaan persekutuan ke peringkat akar umbi.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika menyampaikan Watikah Perlantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan kepada 387 MPKKP melibatkan tiga parlimen di Negeri Perlis yang berlangsung di Institut Kemahiran MARA Beseri, di sini, hari ini.

“Kerajaan Persekutuan telah bersetuju agar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah wujud sejak sekian lama ditambah baik dan distruktur semula kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bermula pada Oktober 2018.

Datuk Seri Rina Mohd Harun menyampaikan watikah perlantikan kepada ahli MPKKP.

Datuk Seri Rina Mohd Harun menyampaikan watikah perlantikan kepada ahli MPKKP.

“Antara penambahbaikan yang dibuat ialah dengan mengurangkan bilangan biro di bawah MPKK daripada 13 kepada 11 biro dan memberi penekanan terhadap aspek-aspek yang penting dalam memajukanĀ  masyarakat luar bandar seperti ekonomi, pendidikan serta menambah kuota khas sebanyak 30 peratus bagi keanggotaan wanita”, ujarnya.

Tambah Rina lagi, pada peringkat awal perlaksanaan dan perlantikan MPKK telah dibuat oleh kerajaan negeri masing-masing, walau bagaimanapun selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober lepas, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mewujudkan MPKKP di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak bagi memantapkan perhubungan Kerajaan Persekutuan dengan penduduk kampung di negeri-negeri tersebut.

”Peranan tuan-tuan dan puan-puan yang hadir pada hari ini sangat besar kepada kampung masing-masing dan saya menyeru agar kita dapat bersama-sama mengambil peluang yang ada di dalam perlaksanaanĀ  teras-teras pembangunan dengan mengetengahkan aktiviti-aktiviti melalui MPKKP supaya masyarakat dapat turut merasai manfaat yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan.

Antara ahli MPKKP Negeri Perlis yang hadir.

Antara ahli MPKKP Negeri Perlis yang hadir.

“Pelantikan MPKKP bagi Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak ini melibatkan sebanyak 8,587 MPKKP dengan jumlah keanggotaan penuh seramai 111,631 orang dan perlantikan ini berkuatkuasa selama dua tahun bermula dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021”, katanya.

Beliau turut berharap, dengan perlantikan ini ahli-ahli yang dilantik dapat memperbetulkan persepsi orang awam terhadap Kerajaan Persekutuan melalui perlaksanaan program-program yang dasarnya telah dipersetujui di peringkat kementerian dan persekutuan khususnya dalam menjayakan visi Luar Bandar Sejahtera di bawah dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

“Sebagai pendorong kepada tanggungjawab yang akan digalas oleh Pengerusi dan Setiausaha MPKKP, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan elaun bulanan sebanyak RM500 kepada Pengerusi dan RM300 kepada Setiausaha dan geran tahunan sebanyak RM10 ribu untuk melaksanakan aktiviti atau program di kampung”, ujar beliau lagi.

Salah seorang ahli MPKKP yang dilantik Mazni Abdullah, 45, menjelaskan pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kami untuk menjayakan program-program kementerian dan membantu menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kementerian serta kerajaan terus kepada orang-orang kampung.

Nozi Aziz wakil penerima MPKKP bagi Dun Indera Kayangan menyatakan bahawa penerima sijil watikah yang dilantik pada hari ini akan berusaha untuk mengenal pasti calon yang bersesuaian untuk mengisi jawatan 11 biro yang diwujudkan dan memastikan sasaran minima 30 peratus keanggotaan wanita atau empat orang bagi setiap MPKKP akan dicapai .

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merangkap Penyelaras MPKKP Negeri Perlis Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad, Adun Kuala Perlis Nor Azam Karap, Adun Sena Asrul Nizan Abd Jalil dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Ahmah Jailani Muhamed Yunus.

-NI-

Tinggalkan komen anda