
Laporan/ foto: Zanizal Zamani (Seberang Perai Utara)
KEPALA BATAS, 24 Jan – (Malaysiaaktif) Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina seluruh dunia kerana ia menandakan tahun baharu kalendar lunar.
Tahun Baharu Cina pastinya disambut dengan kehadiran buah limau mandarin sebagai penyeri perayaan ini, kerana mengikut kepercayaan masyarakat kaum cina, buah limau mandarin mampu “menarik” tuah dan kekayaan.
Di kesempatan itu, Ahli Dewan Udangan Negeri Bertam (ADUN) Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq turun padang ke Pasar Pagi Pekan Kepala Batas bagi mengedarkan limau dan angpau kepada peniaga dan orang awam yang berada di pasar berkenaan.
“Saya merasa bertuah dapat beramah mesra dengan warga Bertam yang berbangsa Cina serta dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan perayaan ini yang mencerminkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa yang hidup harmoni,” katanya.
Rata-rata pengunjung dan peniaga amat gembira dengan kehadiran beliau yang memakai baju merah bersama-sama dengan kumpulan tarian singa.
Beliau juga turut menasihati warga Pulau Pinang khususnya warga Bertam yang ingin meninggalkan rumah untuk bercuti supaya berhati-hati semasa berada di jalan raya dan mematuhi peraturan serta memaklumkan kepada jiran dan polis semasa ketiadaan mereka di rumah.
Di kesempatan itu juga Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Utara turut mengambil kesempatan mengedarkan bahan penerbitan jabatan kepada pengunjung dan peniaga.
-ii-