Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penting untuk Jelaskan ‘Pintar’ bagi Inovasi 5G – Gobind

By 21 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyatakan terdapatnya keperluan, untuk menjelaskan mengenai keperluan yang perlu dipenuhi, sebelum sesuatu produk ataupun inovasi dikategorikan sebagai ‘pintar’, termasuk dari segi peruntukan undang-undang.

Katanya dengan kehadiran teknologi 5G, orang ramai akan berinovasi dan mencipta apa yang mereka anggap sebagai produk pintar.

“Persoalannya ialah, apakah maksud ‘pintar’ yang sebenarnya, kerana semua orang akan katakan yang mereka mempunyai produk yang secara teknikalnya sebuah produk pintar.

“Di sinilah di mana, kerajaan perlu berbincang dengan pihak industri, supaya kita boleh memutuskan apakah keperluan minima yang diperlukan, sebelum sesuatu produk itu boleh disahkan sebagai pintar,” kata Gobind di luar Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia 2020.

Jelas Gobind, kementerian lain juga mungkin perlu melihat kepada perkara ini.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu membina sebuah rumah dan mendakwa ia sebuah rumah pintar, kita perlu tahu apakah (keperluan) minima sebelum ia boleh dikategorikan sebagai sebuah rumah pintar,” katanya dan menambah begitu juga dengan terma ‘hospital pintar’, ‘sekolah pintar’ dan lain-lain inisiatif ‘pintar’.

“Saya fikir, ia sesuatu yang melibatkan semua pihak… dan saya rasa ada keperluan untuk kita pastikan semua kementerian juga melihat kepada perkara ini.

“… ini sesuatu yang saya akan bawa ke Kabinet,” kata Gobind.

Persidangan ini dianjurkan bagi melengkapkan pelancaran Projek Demonstrasi 5G Malaysia (5GDP) oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda