Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Amaran Angin Kencang Timur Laut dan Laut Bergelora di Perairan Negara Hingga 12 Feb

By 11 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan negara, yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan perairan utara Reef South, Labuan, Sabah Barat dan Sabah Timur akan mengalami angin kencang kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj).

Kawasan perairan Samui, Tioman, Utara Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Sulu, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur akan mengalami angin kencang kategori kedua, 50 hingga 60 kmsj, manakala angin kencang kategori ketiga (atas 60 kmsj) berlaku di kawasan perairan Condore.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda