Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Info On Wheels Dekati Penduduk Cameron Highlands

By 4 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Muhammad Arief/ Muhamad Khairul Faizal (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia telah melancarkan satu inisiatif untuk memasarkan isu-isu semasa dan juga dasar-dasar kerajaan secara bersemuka dalam aktiviti yang dinamakan Info On Wheels (IOW). Edaran risalah secara bersemuka, aktiviti ceramah dan juga penerangan berkaitan isu semasa dan edaran bahan penerbitan merupakan pengisian Info On Wheels.

Petugas (tengah) turut menerangkan tentang dasar-dasar kerajaan.

Petugas (tengah) turut menerangkan tentang dasar-dasar kerajaan.

Pejabat Penerangan Daerah Cameron Highlands dengan kekuatan tiga orang petugas ‘turun padang’ pada hari semalam ke sekitar Pasar Tanah Rata bagi melaksanakan tugasan Info On Wheels dengan mengedarkan risalah seperti penularan virus Corona dan langkah-langkah pencegahan serta mengadakan edaran bahan penerbitan dasar-dasar kerajaan bertajuk Perlembagaan Malaysia dan pelbagai bahan penerbitan yang lain.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Cameron Highlands, Rosnaniwati Rasidi, IOW ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang sahih kepada orang awam memandangkan penularan berita-berita palsu yang terlalu banyak dalam kalangan rakyat.

Rosnaniwati membalas pertanyaan orang awam tentang virus Corona.

Rosnaniwati membalas pertanyaan orang awam tentang virus Corona.

“Menjadi tanggungjawab kami memperbetul persepsi masyarakat dan menyampaikan berita yang sahih agar orang awam tidak terjerumus ke arah berita-berita palsu. Kami berusaha memberikan penjelasan terperinci terutamanya tentang virus korona agar orang awam tidak panik dan mengikut langkah berjaga-jaga seperti yang dinasihatkan,” ujarnya yang mengetuai aktiviti IOW di sini, semalam.

Menurutnya lagi, melalui aktiviti IOW ini secara tidak langsung membuka peluang untuk Jabatan Penerangan Malaysia menyebarkan secara mendalam tentang dasar-dasar kerajaan agar diterima sehingga ke peringkat akar umbi.

Selain itu orang awam yang ditemui, Sagaran Maran berkata, aktiviti IOW daripada Jabatan Penerangan Malaysia ini amat bermakna kepada orang awam dan usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini sangat bagus walaupun hanya sekadar edaran risalah dan penerangan ringkas kepada orang awam.

“Kami sangat memuji inisiatif secara bersemuka ini kerana tahap kepekaan orang awam berkaitan isu semasa iaitu terbaharu isu virus korona dan juga maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan masih kurang khususnya di Cameron Highlands,” ujarnya lagi.

-KN

Tinggalkan komen anda