Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kenaf Pengganti Tembakau Kini Semakin Terkenal

By 4 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto : Ahmad Nizam bin Abidin / Shirwan (JAV) (Bachok)

BACHOK, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus ialah sejenis tanaman jangka pendek berserat dan bukan berkayu yang berasal dari Afrika (Barat Sudan) dengan sejarahnya melebihi 4,000 tahun.

Tanaman ini tergolong dalam keluarga Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman kacang bendi dan kapas.

Secara morfologinya, kenaf mempunyai kaitan rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus Sabdariffa).

Tanaman ini mula diperkenalkan kerajaan pada awal tahun 2008 dan ia merupakan cadangan tanaman gantian kepada Tembakau kerana penanaman Tembakau telah terjejas teruk selepas Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) di kuatkuasa 2010.

Setelah hampir 12 tahun Kenaf diperkenalkan, tanaman ini mampu menghasilkan pelbagai produk hiliran yang memberangsangkan.

Salah satu produk yang dihasilkan dari kenaf ini ialah tilam kenaf, produk Biodegradable Utensil (BDU), Pet Litter, produk kraf dan banyak lagi.

Bagi memajukan lagi industri berasaskan kenaf ini sebuah Galeri Inovasi Kenaf Bachok telah ditubuhkan dan ia merupakan pusat pengeluaran produk kenaf yang mampu melonjakkan pengeluaran produk pengguna dari bahan berasaskan kenaf.

Antara mesin-mesin pengeluaran produk Kenaf yang terdapat di Galeri Inovasi Kenaf Bachok (GIK)

Antara mesin-mesin pengeluaran produk Kenaf yang terdapat di Galeri Inovasi Kenaf Bachok (GIK)

Beroperasi mulai penghujung tahun 2018, pusat ini merupakan projek usahasama antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan syarikat E-Kenaf Sdn. Bhd.

Melalui kerjasama ini, E-Kenaf Sdn. Bhd telah menyediakan khidmat nasihat dan latihan teknikal kepada peserta yang terdiri dari penduduk tempatan.

Antara produk yang dihasilkan adalah tilam isi rumah, tilam “travel mattress” dan juga sejadah.

Menurut Pengurus Bahagian Pemasaran Kenaf Malaysia, Tan Eng Nee, potensi Kenaf ini amat memberangsangkan dan sekiranya diusahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh ia boleh membantu petani untuk menambah pendapatan tambahan yang agak lumayan dan produk-produk ini telah pun berjaya di eksport ke Korea Selatan, Jepun dan China.

“Lebih memberangangkan lagi produk ini dihasilkan dengan kaedah terbaik yang sentiasa menitikberatkan elemen mesra alam dalam setiap penghasilan produk. Pada masa ini seramai 6 orang peserta terlibat menjalankan aktiviti pengeluaran produk kenaf dipusat ini.”kata Tan Eng Nee.

Di samping menggalakkan penggunaan bahan berasaskan kenaf, program ini juga akan menambah pendapatan kepada peserta terlibat.

-NAZ

Tinggalkan komen anda