Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kerajaan, NGO Kolaborasi Kukuhkan Perpaduan

By 3 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan berkolaborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melaksanakan aktiviti ke arah meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, berkata perpaduan adalah milik semua dan semua rakyat di negara ini perlu mengambil bahagian dalam mengeratkannya.

“Kita lihat pertubuhan-pertubuhan ini banyak melaksanakan aktiviti dan program dengan bajet yang kurang, namun dapat menjayakan pelbagai program bermanfaat.

“Inisiatif saya pada tahun ini untuk memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada pertubuhan-pertubuhan tersebut dengan membantu kerajaan dalam melaksanakan aktiviti perpaduan,” katanya.

Waytha Moorthy berkata cadangan inisiatif tersebut merupakan antara usaha kerajaan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Antara persembahan kebudayaan pelbagai kaum yang disajikan kepada lebih 1,000 pengunjung Pesta Kebudayaan Ponggal Kebangsaan 2020 di Batu Caves hari ini.

Antara persembahan kebudayaan pelbagai kaum yang disajikan kepada lebih 1,000 pengunjung Pesta Kebudayaan Ponggal Kebangsaan 2020 di Batu Caves hari ini.

“Ini akan membantu usaha kerajaan mengeratkan hubungan antara kaum dan membawa mesej perpaduan ke peringkat akar umbi.

“Sekiranya kerajaan membantu mereka (NGO), kebolehan mereka menganjurkan aktiviti-aktiviti akan lebih rancak dan giat lagi,” katanya.

Pelbagai kaum turut menyertai pertandingan memasak ponggal di Pesta Kebudayaan Ponggal Kebangsaan 2020 di SJKC Kheow Bin, Batu Caves.

Pelbagai kaum turut menyertai pertandingan memasak ponggal di Pesta Kebudayaan Ponggal Kebangsaan 2020 di SJKC Kheow Bin, Batu Caves.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pesta Kebudayaan Ponggal Kebangsaan 2020 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Belia Hindu Malaysia (HYO) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kheow Bin, Batu Caves di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Abdul Karim Abu Seman, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Saraya Arbi.

Program yang bermula 8 pagi dihadiri lebih 1,000 pengunjung pelbagai kaum dengan pengisian seperti pertandingan memasak ponggal, mengikat kalungan bunga, gubahan Thoranam, melukis kolam, pertandingan tanglung, mencipta wau dan melukis untuk kanak-kanak.

-NAZ

Tinggalkan komen anda