Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rapid KL Sedia Dua Laluan Khas Sempena Thaipusam

By 3 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan Thaipusam minggu hadapan, Rapid Bus Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan bas di laluan Platform A Pasar Seni-Batu Caves dan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak-Batu Caves selama dua hari bermula 7 Februari.

Melalui satu kenyataan hari ini, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan khas itu sebagai menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan di kawasan sekitar Batu Caves.

Menurut kenyataan tersebut, sebanyak 22 buah bas disediakan termasuk 20 daripadanya akan beroperasi bagi laluan Platform A Pasar Seni-Batu Caves dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit.

“Laluan LRT Gombak-Batu Caves pula, kekerapannya adalah 30 hingga 40 minit dengan kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari Stesen LRT Gombak melalui pembayaran tunai atau kad Touch N’ Go.

“Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini bermula dari jam 4.30 pagi hingga 11.59 malam pada 7 Februari dan 12 malam hingga 11.59 malam pada 8 Februari,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut berhubung perkhidmatan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-7885 2585 atau menerusi saluran media sosial Rapid KL.

-NAZ

Tinggalkan komen anda