Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Bakal Dibina

By 11 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan merancang untuk membina sebanyak 500 unit rumah mampu milik di daerah ini dengan harga dibawah RM250 ribu seunit bagi memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan sederhana untuk memilik rumah sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok seong, berkata kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan pemaju perumahan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Walaubagaimanapun, projek perumahan khusus untuk kakitangan awam masih belum dicadangkan kerana kekangan tapak tanah kerajaan di sini.

“Namum demikian, usaha untuk  membina rumah mampu milik tetap akan dilaksanakan dengan usahasama pemaju perumahaan yang terlibat,” katanya ketika menjawab soalan pemberita di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Meranti, di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Kok Seong turut menyambut baik usaha Jabatan Penerangan mengadakan program Info on Wheels (IoW) dalam menyampaikan inisiatif kerajaan kepada orang awam agar mereka mendapatkan maklumat yang terkini dan benar terutamanya isu berkaitan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Pasar Besar Seremban yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

“Saya berharap agar medium penyampaian dapat dipelbagaikan supaya ianya mudah difahami dan secara tidak langsung dapat mengekang berita palsu yang tular di media sosial yang boleh mengundang kebimbangan rakyat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Pejabat Penerangan Daerah yang menjadikan majlis keramaian seperti majlis rumah terbuka sebagai platform untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

-AK

Tinggalkan komen anda