Skip to main content
Berita TengahPutrajaya

AIM Peruntuk RM2.7 Bilion Tahun Ini Bantu Usahawan B40

By 11 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto:Ā Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM2.7 bilion tahun ini sebagai pembiayaan mikro bagi membantu usahawan golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pengarah Urusan AIMĀ Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata peruntukan itu akanĀ dapat dimanfaatĀ oleh 380,000Ā Sahabat (peminjam AIM).

ā€œPada tahun ini, kita menyasarkan untukĀ membantu lebih 56,000 Sahabat yang berdaftar dengan agensi itu keluar daripada kancah kemiskinan.

ā€œDaripada jumlah itu,Ā 95 peratus adalah daripada kumpulan miskin manakala lima peratus merupakan miskin tegar yang berpendapatan RM600 dan ke bawah,” katanya ketika menjadi tetamu Bernama Radio dalamĀ program ā€˜Malam Ini.’

Beliau berkata AIM turutĀ memiliki dana yang dikenali sebagaiĀ Dana Faedah Korporat, yang sebelum ini dimanfaatkan untuk kegunaan umum, termasukĀ membeli kerusi dan meja dewan komuniti.

ā€œPada tahun ini, kita buat kelainan, dana ituĀ ditukar untuk kegunaan golongan miskin tegar yang dilihatĀ mampu mengurangkan beban sekali gus mampu mengubah nasib masyarakatĀ berpendapatan rendah ke tahap yang lebih baik,ā€ katanya.

Beliau berkata AIM juga akan terus aktif mendidik Sahabat menguasai teknologi dan mengambil peluang mengembangkan perniagaan mereka melalui Sahabat Bazar, platform perniagaan dalamĀ talian yang membolehkan mereka mempromosi serta menjual produk secara maya.

“Mereka juga dididik membuat pembayaran tanpa tunai iaitu Kad MyDebit Tanpa Sentuh (CMCCS) bagi memudahkan Sahabat membuat pinjaman dengan bank untuk memperluaskan lagi perniagaan memandangkan mereka sudah mempunyai rekod transaksi bank,” katanya.

Mohamed Shamir berkata setakat ini, seramai 182,400 atau 48 peratus Sahabat telah menggunakan kaedah itu sejak ia diperkenalkan tujuh tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata AIM turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan produk Sahabat dalam aspek pembungkusan dan pemasaran supaya mereka mampu mencapaiĀ pasaran lebih luas sertaĀ relevan dengan keadaan semasa.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda