Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Penduduk Kampung Siliau Baru Manfaatkan Kolam Terbiar

By 5 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin/Mohd Sharifuddin Saiedin (Seremban)

SEREMBAN, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Kawasan lombong bijih timah yang terbiar di Kampung Siliau Baru di sini bakal dijadikan kawasan projek ternakan ikan air tawar untuk menjana pendapatan, sekali gus melahirkan usahawan muda dalam kalangan penduduk.

Projek tersebut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Siliau Baru, Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Kampung Siliau Barudan Persatuan Penternak  dan Nelayan Darat Siliau.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Penternak dan Nelayan Darat Siliau, Mazlan Shaari berkata pihaknya melihat lombong yang terbiar tanpa sebarang projek itu perlu dimanfaatkan untuk menjana pendapatan penduduk setempat.

WhatsApp Image 2020-02-04 at 18.58.48

Halimi (tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir.

“Mereka yang berminat dengan ternakan ikan air tawar khususnya nelayan darat boleh turut serta dalam menjalankan projek ini supaya tidak hanya bergantung kepada hasil tangkapan ikan di sungai sahaja dan jika berjaya dilaksanakan sudah tentu bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk, sekali gus memberi sumber pendapatan serta melahirkan usahawan ternakan ikan air tawar,” ujarnya.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip, berkata Jabatan Perikanan akan sentiasa membantu projek ini bagi menambah pendapatan penduduk dan meningkat pengeluaran ikan-ikan asli yang telah banyak pupus pada ketika ini.

“Tahun lepas kita telah melakukan sebanyak 1.1 juta pelepasan anak ikan di seluruh Negeri Sembilan, diharapkan agar usaha ini berhasil untuk meningkatkan pengeluaran ikan asli di samping membantu penduduk kampung menjana ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelepasan Anak Benih Ikan Jelawat di Lombong Lubuk Kempas, KHM Kampung Siliau Baru, di sini,pada Isnin.

-AK

Tinggalkan komen anda