Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Peruntukan RM100,000 Untuk Tambah Baik Kompleks Niaga Arena Warna

By 5 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Mohd Najib Mohaini (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk menambah baik kemudahan dan sistem pengudaraan di Kompleks Niaga Arena Warna, Ayer Hitam, dekat sini, dalam usaha memberi keselesaan kepada peniaga serta pengunjung di kompleks berkenaan.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata bagi memberi lebih keselesaan, kerajaan negeri bersetuju memberikan peruntukan tambahan yang bakal diuruskan oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) bagi keperluan tambahan di kompleks ini.

Menteri Besar Johor melihat papan informasi bantuan yang diberikan kerajaan negeri kepada peniaga Kompleks Arena Warna.

Menteri Besar Johor melihat papan informasi bantuan yang diberikan kerajaan negeri kepada peniaga Kompleks Arena Warna.

“Kejayaan pembinaan Kompleks Niaga Arena Warna ini harus diberikan pujian di mana secara tidak langsung ia dapat menempatkan dan memudahkan para peniaga kecil  menjalankan perniagaan mereka dengan lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Sementera itu, Dr Sahruddin turut menyampaikan hak milik tanah kepada 38 pemohon plot Tapak Pertanian Kelapa Sawit bagi daerah Batu Pahat.

“Saya berasa bangga kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat peneroka yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan bidang pertanian Negara khususnya dalam industri sawit,” ujarnya ketika berucap sempena lawatan kerja ke daerah berkenaan, di sini semalam.

Kompleks Niaga Arena Warna yang selesa memudahkan para peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan lebih kondusif.

Kompleks Niaga Arena Warna yang selesa memudahkan para peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan lebih kondusif.

Turut menerima manfaat, 42 orang pemohon di daerah ini apabila menerima bantuan Geran Orang Lokal 2019 serta kunci rumah kepada penerima manfaat Program Bantuan Rumah (PBR) peserta e-Kasih bagi kategori bina baru kepada Abdul Hadi Jaafar dengan nilai bantuan sebanyak RM65,000 dan kategori baik pulih kepada Jamiah Ambia dengan nilai bantuan sebanyak RM15,000.

Turut hadir, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Batu Pahat, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu- Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung Dearah Batu Pahat.

-NI-

Tinggalkan komen anda