Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

COVID-19 – Golongan Gelandangan Tidak Dipinggirkan

By 29 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/Mahyudin Abd Rani (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Penularan wabak Coronavirus (COVID-19) memberi banyak implikasi serta kesan yang ketara kepada rakyat di negara ini termasuklah golongan gelandangan di negeri ini.

Di antara golongan gelandangan yang memerlukan bantuan.

Di antara golongan gelandangan yang memerlukan bantuan.

Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh bersama agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berganding bahu membantu golongan ini.

“Golongan gelandangan ini diselamatkan dan ditempatkan sementara di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang dengan menyediakan kemudahan ruang tempat tidur, tempat membersihkan diri, makanan serta minuman yang mampu memberi keselesaan lebih baik kepada mereka.

Jabatan dan agensi kerajaan yang membantu.

Jabatan dan agensi kerajaan yang membantu.

“Mereka juga dibekalkan dengan alatan keselamatan seperti penutup muka dan pencuci tangan bagi mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan di seluruh negara.

Di antara gelandangan yang menjalani saringan pemeriksaan kesihatan.

Di antara gelandangan yang menjalani saringan pemeriksaan kesihatan.

“Inisiatif ini mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan teratur di kalangan golongan ini, selain dapat membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19 di kalangan mereka dan masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda