Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19 : Malaysia Catat Dua Kematian Pertama Hari Ini – Dr Adham Baba

By 17 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan dua kes kematian pertama akibat wabak COVID-19 melibatkan rakyatnya hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling tempoh hari. Beliau mula mengalami gelaja mulai 5 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif COVID-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Dr Adham berkata kes ke-358 merupakan lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif COVID-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, ” katanya.

—  BERNAMA

Tinggalkan komen anda