Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Berjaya Dipadamkan

By 11 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang berlaku hampir dua minggu lepas berjaya dipadamkan sepenuhnya semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata setakat 6.30 petang semalam, tiada kejadian kebakaran berulang dilihat berlaku di kawasan hutan simpan gambut berkeluasan 52 hektar itu.

“Pemadaman kebakaran hutan simpan itu berjaya dilaksanakan sepenuhnya terhadap kawasan yang terjejas. Namun, pemantauan akan dilakukan lagi esok sebagai penilaian terakhir jika asap masih ada,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Hafisham berkata dalam operasi hari ini, pihaknya menggunakan strategi pemadaman secara direct attack dan jet shooter bagi menghapuskan saki baki asap serta kebakaran kecil di sekitar kawasan terjejas itu.

Beliau berkata seramai 78 anggota dan pegawai JBPM Selangor terlibat dalam operasi pemadaman hari ini dengan dibantu 52 pegawai agensi lain antaranya Angkatan Pertahanan Awam, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda