Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Keunikan Dialek Melanau Bakal Dijadikan Sumber Rujukan

By 9 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seminar Adat Melanau bertemakan Pengembangan Bahasa Melanau anjuran bersama Majlis Adat Istiadat Sarawak dengan Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak (LAKKMS) bertujuan mengembangkan Bahasa Melanau bagi kefahaman dan pengetahuan generasi akan datang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Seksyen Penyelidik Etnik Melanau, Majlis Adat Istiadat Sarawak John Ling Jirid Tira, terdapat lebih 10 dialek Melanau di Sarawak termasuk Tanjung dengan Kanowit.

“Seminar ini adalah untuk mengembangkan Bahasa Melanau yang terdiri daripada Melanau Mukah, Dalat, Ajang, Mato-Daro, Egen, Balingian, Baie dan Seduan agar mudah  difahami oleh kaum Melanau yang ada di negeri ini amnya.

“Hasil daripada bengkel ini nanti akan diterbitkan beberapa dokumen bertulis seperti daftar kata, glosari, tesaurus dan kamus Melanau dari setiap dialek bagi tujuan pengetahuan, rujukan mahupun penyelidikan,” katanya yang ditemui sempena seminar tersebut, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu dua kerja turut dibentang oleh Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, bertajuk status ‘Wordlist’ dialek Melanau serta Kaedah dan Panduan Penerbitan Tesaurus Melanau yang masing-masing dibentangkan oleh Correta Herlina Kura dan Dr. Shantrol Abdullah dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Program mengenai bahasa ini membawa banyak manfaat kerana menghimpunkan lebih daripada 10 dialek Melanau yang mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dari segi sebutan, makna serta ejaan mengikut daerah masing-masing,” tambah John Ling.

-SH

Tinggalkan komen anda