Laporan/ foto: Mawarni Ismail/ Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)
BALIK PULAU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan prestasi murid dan sekolah berkualiti.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti/ berwawasan, guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
“Saya mengharapkan agar semua komuniti dan agensi kerajaan di sekitar daerah Barat Daya ini dapat membantu pihak sekolah dalam merealisasi dan berganding bahu dalam menjayakan TS25 ini,” kata Pengetua SMK Seri Balik Pulau, Nooraliza Nasrudin.
Menurutnya lagi, masalah utama di SMK Seri Balik Pulau ini adalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah yang agak tinggi selain masalah keluarga serta gejala dadah yang memerlukan perhatian serta komitmen semua dalam membantu menanggani isu ini.
Turut hadir ke program tersebut adalah wakil-wakil jabatan antaranya dari Ibu Pejabat Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, AADK Pejabat Kesihatan, KKTM, Pejabat MARA, wakil-wakil kariah dan lain-lain lagi.
Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya turut akan membantu sekolah menjayakan TS25 tersebut melalui program-program di bawah Kelab Malaysiaku iaitu Demokrasi kita, Kembara Kelab Malaysiku dan Merdeka@Kelab Malaysiaku
-ii-