Skip to main content
Berita TengahPutrajaya

Perdana Menteri Tiba di Perdana Putra Selepas Menghadap Agong

By 9 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto : Gambar Fail

PUTRAJAYA, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra di sini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Muhyiddin dilaporkan menghadap Seri Paduka untuk mempersembah dan mendapat perkenaan sebelum mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri pada petang ini.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin  dilihat masuk ke Perdana Putra pada pukul 1.13 tengah hari.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda