Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Setiu Wetlands: Khazanah Aset Penting Untuk Kelestarian Kehidupan Semua

By 9 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/ foto: M. Subhi Abang/ Nik Awang Yaa’cob (Setiu)

SETIU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, umum mengetahui keunikan ekosistem yang terdapat di Setiu Wetlands merupakan anugerah yang cukup bernilai kerana ianya merupakan satu-satunya Tanah Bencah yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung meliputi hutan paya bakau, hutan pantai, sungai, laguna, muara, dataran berlumpur, serta pulau pesisir pantai.

“Setakat ini, fasa pertama, seluas 432 hektar telah digazetkan sebagai Taman Negeri Setiu Wetlands, manakala fasa kedua meliputi kawasan Tasik Berombak sedang dalam proses pewartaan bertujuan untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian flora dan fauna di samping fungsi-fungsi ekologi serta keunikan dan kepentingan dari segi geologi, arkeologi dan sejarah,” ucap beliau semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu di Pengkalan Nelayan Kampung Mangkok, di sini baru-baru ini.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri semasa berucap merasmikan program Majlis Pelancaran Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri semasa berucap merasmikan program Majlis Pelancaran Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu.

“Setiu Wetlands membekalkan pelbagai perkhidmatan ekosistem penting untuk manfaat penduduk setempat khususnya dan kepada negeri Terengganu amnya seperti kawalan banjir, memerangkap sediman, perlindungan pesisir pantai dari hakisan, dan tempat perlindungan sertya pembiakan hidupan akuatik sepeti ikan,” ujar beliau.

“Selain itu, di Setiu Wetlands juga turut terdapat beberapa spesies flora dan fauna ikonik dan ,enyedari kepentingan dan keunikan Setiu Wetlands dan potensi yang ada serta nilai-nilai yang boleh dikomersilkan, saya yakin tanah bencah ini berupaya untuk diketengahkan dan diperluaskan sebagai sebuah produk eko-pelancongan pilihan,” tambah beliau lagi.

 Ahmad Samsuri dan tetamu jemputan melakukan gimik perasmian Majlis Pelancaran Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu.

Ahmad Samsuri dan tetamu jemputan melakukan gimik perasmian Majlis Pelancaran Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu.

Penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO, badan korporat, IPTA/ IPTS dan kolej-kolej, sekolah serta penduduk setempat diperlukan dalam setiap program kesedaran alam sekitar yang dianjurkan.

“Usahasama di antara Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, WWF-Malaysia dan rakan korporat CIMB Islamic Bank dalam penganjuran Setiu Wetlands Open Day ini adalah satu model kerjasama strategik yang sangat baik yang harus diteladani.”

Ahmad Samsuri mengadakan lawatan ke tapak pameran sempena program Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu.

Ahmad Samsuri mengadakan lawatan ke tapak pameran sempena program Hari Terbuka Tanah Bencah Setiu.

Penganjuran bersama ini menunjukkan komitmen bersepadu setiap pihak yang terlibat, dengan matlamat dan tujuan untuk memelihara dan memulihara serta memastikan sumber semulajadi dan perkhidmatan ekosistem di Setiu Wetlands diurus dan diguna secara lestari untuk jangka masa panjang.

Penjagaan alam sekitar perlu lebih menyeluruh dan diselarikan dengan kemajuan kerana hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian serta kesejahteraan hidup.

Tetamu dan masyarakat Kampung Mangkuk, Setiu yang turut hadir.

Tetamu dan masyarakat Kampung Mangkuk, Setiu yang turut hadir.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Tengku Mohd. Ariffin Tengku A. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Shahriman Mohd. Shariff, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Azman Ibrahim dan Pegawai Daerah Setiu, Mohd. Sophian Abu Bakar.

-ii-

Tinggalkan komen anda