Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sepuluh Kes Baharu COVID-19 Dicatatkan di Sarawak Sejak Semalam

By 22 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Sarawak semalam mencatatkan pertambahan sepuluh lagi kes baharu Positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, dua kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak, lima kes di Hospital Sibu, dua di Hospital Bintulu manakala seorang telah meninggal dunia di Kuching semasa keputusan ujian pengesahan diperolehi.

“Sebanyak 37 kes baharu Person Under Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 751 kes. Sebanyak 711 kes adalah negatif dan 40 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

“Setakat hari ini Sarawak telah merekodkan dua lagi kes kematian menjadikan jumlah mangsa terkorban COVID-19 seramai tiga orang,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, dua orang mangsa tersebut merupakan ibu dan anak perempuan daripada satu keluarga yang sama, masing-masing berumur 79 dan 40 tahun.

“Mangsa pertama keluarga ini telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi 18 Mac, manakala mangsa kedua telah meninggal pada 1 tengah hari 21 Mac.

“Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda