
PUTRAJAYA, 22 Mac (Malaysiaaktif) –Ā Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan pengecualianĀ sewa untuk satu bulan kepada lebih 9,000 penghuni unit rumahĀ Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah pengurusan kementerian itu.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin, dalam satu kenyataan, berkata ia dibuat untukĀ membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PPRĀ yang terlibat termasukĀ PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kg Hassan Hulu Selangor, PPR Ladang Siliau Port Dickson, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang, PPR Kota Bahru.
Sementara itu, Zuraida turut menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT)Ā menggunakan budi bicara masing-masing untuk memberi pengecualian sewa premis PBT kepada peniaga kecil yang terjejas keranaĀ terpaksa menutup perniagaan susulan pelaksanaan perintah tersebut.
Beliau menggesa PBT memastikanĀ semua pasar raya danĀ kedai runcit mengamalkan jarakan sosial, menyediakan cecair pembasmi kumanĀ diĀ laluan masuk dan keluar serta kerap membersihkan pemegang troli dan bakul barangan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19.
KPKT menerusi PBTĀ juga akan berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memantau dan memastikanĀ pusat jagaan warga emas swasta mempunyai bekalan bahan keperluan yang mencukupi sepanjang tempoh PKP, katanya.
— BERNAMA