
Laporan/foto: Mohd Irman Mohd Yusoff/Mohd Firdauf Alias (Jerantut)
JERANTUT, 6 Mac 2020 (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan (SMKA TAHAP) Jerantut, mencapai kecemerlangan dengan menjadi sekolah menengah harian terbaik bagi negeri ini dengan 10 calon meraih semua A bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Keputusan rasmi peperiksaan kali ini diumumkan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Dr. Tajuddin Mohd Yunus, di satu majlis dan sidang media di bilik mesyuarat sekolah sebelum majlis penyampaian cenderamata kepada pelajar cemerlang yang diadakan pada 10.00 pagi semalam bertempat di Dewan Utama SMKA TAHAP.
SMKA TAHAP telah menduduki tempat pertama bagi kategori sekolah menengah agama harian di dalam Negeri Pahang. Selain itu, SMKA TAHAP menduduki tempat ke enam di dalam negara bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Seramai 10 orang pelajar sekolah tersebut berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan keputusan 10A dan lapan pelajar mendapat keputusan 9A dan 1B. Bagi Gred Purata Sekolah (GPS) pula, SMKA TAHAP mendapat gred sebanyak 2.14 yang merupakan tempat keempat bagi negeri Pahang dan merupakan salah sebuah sekolah cemerlang dibawah GPS 2.25.
Sementara itu, daripada lima buah sekolah yang mendapat GPS cemerlang, SMKA TAHAP merupakan satu-satunya sekolah harian yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, manakala empat buah sekolah cemerlang lain adalah sekolah berasrama penuh.
-KN