Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sungai Tanjung Ayer Hitam Diancam Pencemaran

By 4 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamed Hirsham Azmi/Krisha Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Tanjung Ayer Hitam kini dibelenggu dengan masalah bau yang kurang menyenangkan berpunca daripada rangkaian Sungai Tanjung Ayer Hitam yang tercemar.

Menurut Zaleha Nordin, 33, bau busuk itu dikesan seawal bulan Januari lagi dan ianya berlarutan sehingga kini yang mengakibatkan kesukaran untuk bernafas serta menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk setempat.

“Kami yang tinggal berhampiran kawasan ini juga terpaksa menggunakan penutup mulut dan hidung berikutan bau yang dikeluarkan sangat meloyakan.

Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor membuat tinjauan bagi menyiasat punca pencemaran sungai Tanjung Ayer Hitam.

Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor membuat tinjauan bagi menyiasat punca pencemaran sungai Tanjung Ayer Hitam.

“Pendapatan saya sebagai peniaga turut terjejas akibat masalah ini terutamanya jika angin bertiup dan membawa bau busuk itu yang secara tidak langsung membataskan aktiviti seharian penduduk setempat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah beliau, kawasan sungai ini dahulunya merupakan tempat tumpuan para pemancing, namun rentetan daripada pencemaran ini telah menyebabkan ia tidak lagi mendapat sambutan dan semakin lengang.

“Bukan sahaja menimbulkan bau yang kurang menyenangkan malah hasil tangkapan daripada sungai ini juga tidak selamat untuk dimakan berikutan ia sudah tercemar dan menjadi penyebab utama gejala cirit-birit.

Zaleha Nordin memberitahu bahawa bau yang kurang menyenangkan itu dikesan seawal bulan Januari.

Zaleha Nordin memberitahu bahawa bau yang kurang menyenangkan itu dikesan seawal bulan Januari.

“Saya berharap masalah ini dipantau dengan kadar segera bagi memastikan ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada peduduk di kemudian hari,” ujarnya lagi ketika ditemui bersama-sama kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bagi mambuat tinjauan dan menyiasat punca pencemaran ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda