
Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 113 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 2,108 kes iaitu 45 peratus daripada jumlah
keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat 12:00 tengah hari, hari ini terdapat 153 kes baharu yang dilaporkan.
“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,683 kes dan setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID19 adalah 2,499 kes.
“Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), daripada jumlah tersebut, 37 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat tiga kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan kematian akibat pandemik ini adalah sebanyak 76 kes.