Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ingkar PKP, Kompaun RM1,000 Masih Kekal – Ismail Sabri

By 12 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Jumlah kompaun bagi pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal pada kadar RM1,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih diguna pakai atas kesalahan tersebut dan sekiranya jumlah kompaun ingin dinaikkan, akta itu perlu dipinda di Parlimen.

“Memang ramai rakyat kita berpandangan kenapa ia rendah berbanding negara lain. Memang kita ada bincangkan perkara ini. Tetapi ia akta jelas dan peraturan jelas, bahawa hukumannya RM1,000. Jika ingin ubah, ia perlu dibawa ke Parlimen.

“Polis juga ada pilihan. Sama ada memberi kompaun atau bawa ke mahkamah. Maka hukuman penjara dan sebagainya ditentukan oleh mahkamah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri – menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda