Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

COVID-19: Kerajaan Edar Topeng Muka Percuma

By 13 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 April (Malaysiaaktif) -Kolej Komuniti Bukit Mertajam (KKBM) melaksanakan Program Bantuan Kemanusiaan kali kedua dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) dengan membantu mengedarkan penutup mulut dan hidung untuk kegunaan isi rumah bagi daerah Seberang Perai Tengah.

KKBM telah menerima 22 kotak dengan jumlah keseluruhannya 44 ribu keping topeng muka bagi tujuan pembungkusan semula yang turut dibantu oleh pegawai dan kakitangannya.

Aktiviti pembahagian dan pembungkusan semula topeng muka oleh kakitangan KKBM.

Aktiviti pembahagian dan pembungkusan semula topeng muka oleh kakitangan KKBM.

Menurut Pengarah KKBM, Sofizain Adam edaran topeng kepada orang ramai ini adalah penting dan membuktikan kerajaan serius dalam membendung penularan wabak COVID-19 kerana ianya berada pada tahap yang agak membimbangkan.

“Semua golongan masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu menangani wabak ini dengan mematuhi setiap arahan serta peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,” kata Sofizain.

Pembahagian dan pembungkusan semula topeng muka sebelum diserahkan kepada kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPT.

Pembahagian dan pembungkusan semula topeng muka sebelum diserahkan kepada kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPT.

“Topeng muka ini juga akan diserahkan kepada PDTSPT untuk diedarkan kepada orang ramai melalui pemimpin-pemimpin masyarakat seperti MPKK dan Pengerusi Komuniti.

Penyerahan topeng muka yang telah siap dibungkus semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPT.

Penyerahan topeng muka yang telah siap dibungkus semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPT.

“Pihak KKBM berbesar hati dan berterima kasih kepada PDTSPT atas kepercayaan yang diberikan untuk turut sama membantu memerangi wabak ini,” ujarnya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda