Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID: Bayi Dikesan Positif – Dr Noor Hisham

By 29 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 29 Apr (Malaysiaaktif) –┬áSeorang bayi dikesan positif COVID-19 selepas dilahirkan ibunya yang juga positif wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu berlaku semasa bayi itu berada dalam kandungan atau sebaliknya.

“Memang kita ada satu kes iaitu ibu mengandung melahirkan anak…18 hari dah positif.

“Kita tak pasti (jangkitan) mungkin berlaku masa mengandung tapi apa yang pasti semasa proses (kelahiran) tiada komplikasi berlaku,” katanya pada┬ásidang media harian mengenai COVID-19┬ádi sini, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kes berkenaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda